Cara yang paling pantas! Polis Itali guna Lamborghini misi hantar buah pinggang ke hospital

609

Pada tujuh tahun lalu, Lamborghini mendermakan kenderaan supercar Huracan kepada Polis Itali sebelum memberi hadiah yang sama tiga tahun kemudian. 

Supercar kedua itu ditugaskan menyelesaikan misi penting dengan membawa dua buah pinggang kepada pesakit di hospital berasingan dengan menempuh ratusan kilometer jauhnya, baru-baru ini.



Menerusi facebook Polizia di Stato, pihak berkuasa tempatan berkongsi imej bagaimana polis dan kru perubatan menggunakan sepenuhnya kawasan kargo kecil supercar itu untuk menghantar buah pinggang terbabit.

Organ itu dihantar dari Padua, Itali membuat perhentian pertama selepas kira-kira 168 kilometer untuk menghantar satu daripada buah pinggang ke hospital di Modena. Huracan itu meneruskan perjalanan ke Rom di mana pesakit lain sedang menunggu untuk pemindahan buah pinggang dengan perjalanan tambahan mencecah melalui 401 kilometer.

Polis berkata mereka berharap kedua-dua pesakit dan keluarga mereka “akan mempunyai Krismas yang lebih bahagia dan lebih aman.”

Lamborghini Huracan mempunyai kelajuan maksimum 300km/j dan hanya 3.2 saat untuk memecut 0-100km/j. Jentera itu adalah hadiah kepada polis daripada pembuat kereta supercar berkenaan pada 2017.

Jentera itu yang ditugaskan untuk rondaan lebuh raya di Bologna, utara Itali, ditugaskan untuk operasi biasa dan pengangkutan segera darah serta organ.

Satu lagi Huracan dikendalikan oleh peronda lebuh raya di Rom, manakala Lamborghini Gallardo 2009 yang pernah digunakan oleh polis kini berada di muzium.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here