China buka sempadan, Malaysia antara negara top 10 percutian Tahun Baru Cina

941

China bersedia untuk membuka semula sempadan dan rakyat mereka sudah mula merancang perjalanan ke luar negara bagi sambutan Tahun Baru Cina hujung Januari depan.

Dalam tempoh setengah jam selepas perubahan dasar berkenaan diumumkan, carian melancong ke luar negara melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun, kata syarikat tempahan pelancongan.



Antara 10 negara teratas yang menjadi carian rakyat China adalah Jepun, Thailand, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia dan United Kingdom.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengumumkan lewat Isnin bermula 8 Januari, pelancong tidak perlu lagi kuarantin apabila tiba di negara berkenaan sekaligus menamatkan polisi selama hampir tiga tahun.

Pihak berkuasa berkata akan membenarkan warga China menyambung semula perjalanan, tanpa memberikan butiran mengenai masa atau prosedur yang perlu dipatuhi. 

Ketika pandemik, Beijing menghalang warga China daripada mendapatkan pasport atau meninggalkan negara itu melainkan atas alasan munasabah misalnya untuk perniagaan.

Tahun Baru Lunar, juga dikenali sebagai Festival Musim Bunga, adalah salah satu cuti umum terbesar di China. Pada tahun 2023, cuti bermula dari 21 hingga 27 Januari.

SEPARUH PENUMPANG PESAWAT DARI CHINA POSITIF 

Sementara itu, New York Post melaporkan hampir separuh daripada penumpang dalam dua penerbangan berasingan minggu ini dari China ke Milan diuji positif Covid.

Juster itu, pegawai kesihatan di Itali mengumumkan akan menguji semua pelancong yang datang dari negara Asia Timur itu.

Dua penerbangan penumpang yang positif Covid tiba di Lapangan Terbang Malpensa dari China pada Isnin.

Pada penerbangan pertama, 35 daripada 92 penumpang diuji positif manakala pada penerbangan kedua, 62 penumpang daripada 120 dijangkiti virus berkenaan.

Penumpang yang positif diasingkan dan pegawai meningkatkan usaha pengesanan kontak.

Menteri Kesihatan Itali, Orazio Schillaci pada semalam mengumumkan bahawa ujian saringan diperlukan untuk semua penumpang dari China dan juga transit melalui Itali.

“Langkah itu penting untuk memastikan pengawasan dan pengenalpastian mana-mana varian virus untuk melindungi penduduk Itali,” katanya

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here