Lima tahun tak perasan cukai jalan mati

875

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menyita sebuah kereta kerana dipandu dengan cukai jalan tamat tempoh pada tahun 2017, pada Ops Ambang Tahun Baharu, Kuantan, malam tadi.

Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 40-an itu antara 2,692 kenderaan termasuk kereta dan motosikal yang diperiksa, dan 285 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan pada operasi berkenaan yang dijalankan di Jalan Tanjung Lumpur.



Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, 402 saman dan 78 notis dikeluarkan dengan kesalahan cukai jalan dan lesen memandu tamat tempoh paling banyak dikesan sepanjang operasi terbabit.

“Kebanyakan mereka memberi alasan tidak perasan, tidak tahu atau tidak sedar yang cukai jalan kenderaan atau lesen memandu mereka sudah tamat tempoh, walaupun alasan itu sebenarnya tidak logik.

“Kita mengambil tindakan tegas untuk kesalahan yang dilakukan kerana apa yang penting bagi kami adalah keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Selain itu, pihaknya mengambil tindakan menyita empat kenderaan iaitu masing-masing dua kereta dan motosikal, manakala JPN juga menyita kad pengenalan seorang individu kerana memiliki dua kad pengenalan.

Jelasnya, operasi ambang tahun baharu diadakan serentak di empat lokasi tumpuan di seluruh negeri ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here