Daihatsu daftar paten sedan mirip Toyota Vios di Indonesia

806

Media Indonesia melaporkan Daihatsu dalam diam mendaftarkan paten rekaan sebuah kereta sedan yang bentuknya mirip dengan Toyota Vios.

Paten berkenaan didaftarkan di Pangkalan Data Kekayaan Intelektual dengan nombor permohonan A00202204663.



Nama Daihatsu Motor Co ltd yang beralamat di Osaka, Jepun dicatatkan sebagai pemegang paten.

Menerusi dokumen paten berkenaan boleh dilihat tangkapan imej beberapa sudut sedan berkenaan. Jika diperhatikan siluet rekaan sedan itu mirip dengan Toyota Vios baharu yang dijual di Indonesia.

Masih tidak dapat dipastikan adakah Daihatsu bakal melancarkan versi Viosnya sendiri di Indonesia atau sebaliknya.

Ini kerana pendaftaran paten juga bagi melindungi reka bentuk kenderaan di negara berkenaan tanpa melancarkan produk tersebut. 

Toyota Vios Indonesia

Selain itu, difahamkan produk sedan Daihatsu sudah lama vakum di pasaran Indonesia. Daihatsu memasarkan sedan hanya di beberapa negara misalnya model Altis yang mirip dengan Toyota Camry dijual di Jepun dan Perodua Bezza di Malaysia.

Bagaimanapun, pengeluar itu pernah mempamerkan kenderaan konsep DN-F Sedan pada pameran GIIAS 2017. Ketika itu, Daihatsu mengatakan DN F-Sedan diposisikan sebagai kenderaan moden, futuristik dan sporty. 

Model konsep Daihatsu DN F-Sedan

DN F-Sedan dikatakan akan dibekalkan dengan enjin 1.2 liter bersama transmisi CVT. Namun, masa depan sedan konsep itu masih menjadi tanda tanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here