Lelaki ditemui meninggal dunia sebelah kereta

499

Seorang lelaki meninggal dunia sebaik mahu memasuki kenderaannya yang diparkir di Jalan Bayam, Kota Bharu, semalam.

Mangsa berusia 56 tahun dipercayai dari tempat kerjanya sebelum ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pada jam 2.30 petang semalam, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu.



“Mangsa dijumpai orang awam terbaring tidak sedarkan diri bersebelahan keretanya di tempat letak kenderaan berhadapan Bangunan Kelantan Trade Centre (KTC).

“Pemeriksaan awal terhadap tubuh mangsa tiada sebarang kesan kecederaan dan pembantu perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang hadir mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia,” katanya. 

Mohd Rosdi berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami serangan jantung dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here