Perodua tidak naik harga kenderaan buat masa ini – CEO

746

Beberapa jenama kenderaan di Malaysia termasuk Toyota dan Nissan menyemak semula harga kenderaan mereka dengan melihat sedikit peningkatan.

Namun, tidak buat Perodua apabila mereka akan mengekalkan harga kenderaannya buat masa ini. 



Ia dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad dengan berkata, bagi 2023, Perodua dan rakan niaganya akan memberi tumpuan untuk memanfaatkan pertumbuhan yang dicapai setakat ini dan mengembangkan lagi kapasiti.

“Dalam merealisasikannya, kami berharap harga bahan mentah dan bahan api kekal terurus dan pada masa yang sama, kami juga berharap pertukaran mata wang asing serta kadar faedah akan lebih menggalakkan pertumbuhan industri.

“Buat masa ini, sekiranya faktor-faktor ini kekal pada paras yang wajar, Perodua akan mengekalkan harga kenderaannya,” katanya.

Baca juga artikel >> Perodua jual 282,019 kenderan serta terima 2.6 juta servis pada 2022

Menurutnya, buat masa ini, keutamaan adalah untuk menghantar kenderaan kepada mereka yang menempah dalam tempoh pengecualian cukai jualan kerana harga kenderaan ini akan kekal seperti yang dipersetujui sehingga tarikh akhir 31 Mac 2023.

Beliau berkata, Perodua akan terus memperkenalkan teknologi baharu di dalam produk dan perkhidmatannya pada masa hadapan serta melabur di dalam inovasi teknologi bagi operasinya.

“Selain itu, kami juga akan menggalakkan rakan niaga kami, iaitu pembekal dan pengedar untuk terus melabur dalam teknologi baharu supaya mereka lebih berdaya saing dan produktif,” katanya.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here