30 pemilik kereta terkejut dapat kompaun MPK RM1,000 pada hari Ahad

459

Kira-kira 30 pemilik kenderaan mempersoal tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 kerana meletakkan kenderaan di padang di Dewan Eng Ann, Taman Eng Ann, Klang, baru-baru ini. 

Mereka meletakkan kenderaan itu selepas menghadiri pertandingan taekwando di dewan berkenaan yang dianjurkan peringkat daerah.

Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Nantharajan, 43, berkata, dia terkejut selepas melihat jumlah saman yang dikeluarkan MPK itu.



“Saya pelik kerana program yang dihadiri hari ini adalah pada hari cuti iaitu hari Ahad. Jumlah kompaun itu sangat tidak masuk akal.

“Kebanyakan yang hadir pada hari ini adalah ibu bapa dari pelbagai sekolah di seluruh daerah ini, memandangkan kawasan ini adalah taman perumahan dan tiada papan tanda larangan memakir kenderaan ianya amat tidak adil kepada kami,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna yang mahu dikenali sebagai Hafiz, 37, meluahkan rasa kekecewaan keatas sikap tidak bertimbang rasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

“Saya sangat kesal. Mereka sepatutnya bertimbang rasa kerana padang itu adalah hak milik awam, memang mempunyai akses jalan untuk letak di kawasan pinggir padang.

“Sepatutnya penguatkuasa boleh memberi amaran dengan membuat pengumuman terlebih dahulu kerana kami hanya berada di dalam dewan berkenaan,” katanya.

Katanya, dia memohon Yang Dipertua (YDP) MPk untuk mengambil tindakan sewajarnya susulan pengeluaran kompaun yang tidak adil dan jumlah yang tinggi itu.

“Kami mohon MPK lebih bertimbang rasa. Jumlah RM1,000 bukanlah jumlah yang sedikit, bayangkan jika hampir semua kenderaan yang dipakir dikenakan kompaun,” katanya.

Sementara itu, pihak MPK ketika dihubungi akan berhubung dengan jabatan berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here