Utama Berita Automotif “Jangan bazir bajet negara cari kami’- pasangan Rusia ceroboh Menara Merdeka 118

“Jangan bazir bajet negara cari kami’- pasangan Rusia ceroboh Menara Merdeka 118

890
Lelaki warga Rusia, Ivan Beerkus yang menceroboh Menara Merdeka 118 memaklumkan dia dan pasangannya sudah tidak berada di Malaysia.
 
Menerusi hantaran di Instagram, Beerkus memohon pihak berkuasa supaya berhenti daripada menjejak lokasi mereka.
 
“Jangan bazirkan bajet (duit) negara untuk mencari kami di Malaysia. Kami sudah tiada di Malaysia lagi,” tulisnya.
 
Beerkus berkata, usaha untuk memanjat puncak menara itu bukan mudah dan tindakan mereka adalah bagi meningkatkan keyakinan diri.
 
“Kami menunggu di tempat persembunyian kecil di dalam Menara Merdeka 118 lebih 20 jam dalam keadaan kehabisan air, makanan, selain tidak dapat menggunakan tandas serta meregangkan kaki atau bernafas di tengah-tengah semua habuk pembinaan.
 
“Persediaan kami untuk mendaki mengambil beberapa hari. Bangunan itu telah meningkatkan langkah keselamatan dan kami terpaksa membuat perancangan yang kukuh,” tulisnya.
 
Jelasnya, misi tersebut dimulakan dengan menyamar termasuk memakai tudung, cermin mata dan seragam pekerja bangunan untuk memastikan tidak dikesan pihak keselamatan.
Dia turut mendakwa perkara itu tidak disedari oleh mana-mana pihak


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here