Kerajaan Sarawak terima 5-unit Toyota Mirai sel bahan api hidrogen

1187

UMW Toyota Motor menyerahkan lima unit Toyota Mirai kepada kerajaan Sarawak yang mana empat unit buat SEDC Energy dan seunit untuk kegunaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Abang Haji Openg.

Penyerahan tersebut menandakan mobiliti buat semua dan komitmen Toyota ke arah sifar karbon menjelang 2050 serta Mobiliti Hijau Sarawak.



Mirai yang bermaksud masa depan mewakili titik perubahan dalam industri automotif yang menawarkan alternatif bersih dan hijau buat pengguna.

Denga keupayaan mengisi minyak dalam masa lima minit, Toyota Mirai menggunakan hidrogen sel bahan api dengan potensi besar sebagai kenderaan mesra alam yang hanya mengeluarkan air.

Dengan sekali isian penuh tangki minyak mampu menawarkan pemanduan sejauh 1,000km iaitu menyamai jarak perjalanan dari Kuching ke Limbang. 

Toyota Motor Corporation memperkenalkan Mirai pada Disember 2020 yang mana di Jepun didatangkan dengan dua pilihan varian G dan Z pada harga bermula JPY 7.1 juta (RM238,850).

Menggunakan platform modular pacuan roda belakang terkini bukan sahaja mampu menampung rangkaian kuasa sel bahan api hidrogen termaju Mirai generasi kedua bahkan menawarkan ketegaran badan serta pengendalian lincah.

Pada Mei 2021, Mirai memecah rekod dunia dengan isian bahan api dalam tempoh lima minit dan mencapai perbatuan 1,003km dengan tangki penuh. Rekod itu dicapai menggunakan mod Eco sepanjang cabaran.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here