Seorang pengguna TikTok @zulchay3840 berkongsi satu video pendek yang menunjukkan dua orang penunggang motosikal enggan menggunakan lorong motosikal di plaza tol Gombak.
Dalam video berdurasi 51 saat itu, boleh dilihat rider berkenaan cuba negosiasi dengan pemandu trak pikap Toyota Hilux berkenaan agar membayar tol supaya palang dibuka untuk mereka.
@zulchay3840 lorong motor ade lalu la sane …ni jenis otak tgl kat rumah tp nak ride …..
♬ Orang Ketiga Entah Siapa Yang Salah – Andra Respati & Gisma Wandira
“Lorong motor ade lalu la sane …ni jenis otak tinggal kat rumah tapi nak ride,” tulisnya.
Tidak diketahui, apakah perbualan antara rider tersebut dengan pemandu berkenaan. Bagaimanapun, sehingga akhir video pemandu Hilux tersebut enggan membayar tol untuk mereka.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut mendapat 197,000 tontonan. Di ruangan komen, ramai pengguna meminta pihak berkuasa mengetatkan peraturan buat penunggang di lebuh raya selain menganggap ada penunggang yang tidak tahu tentang kewujudan lorong motor.
“Kalau bagi dia orang lepas, nanti palang turun sebelum kereta kita lalu. Kena bayar dua kali lah pulak.”
“Minta sorang RM2 buat cover bayaran tol baru bagi lalu.”
“Jangan amal selalu, nanti moto start kena bayar tol baru nak menggelupur.”