Isuzu D-Max catat rekod pencapaian terbaik 2022, terjual 9,211 unit, 79 peratus beli varian 1.9 liter

503

Isuzu Malaysia menutup tirai 2022 dengan prestasi jualan yang tertinggi setakat ini, membabitkan 9,211 unit terjual bagi model Isuzu D-Max dengan hanya kekurangan beberapa unit sahaja lagi untuk membolehkan syarikat mencatat jualan sekali ganda berbanding pada 2021.

Prestasi menakjubkan ini menjadi rekod terbaru yang belum pernah dicapai setakat ini. Ia mengatasi rekod sebelumnya yang melibatkan 6,480 trak pikap terjual pada 2016.

Prestasi membanggakan ini disumbangkan oleh minat meluas terhadap model Isuzu D-Max 1.9 liter yang  terbukti cekap dan hanya melibatkan kos penggunaan yang rendah, dan dalam masa sama tampil cukup meyakinkan dari segenap aspek rekaan, kelengkapan, prestasi dan keselamatan.



Mengisi 79 peratus daripada portfolio keseluruhan, varian 1.9 liter menjadi pilihan utama di Malaysia. Semenanjung Malaysia mencatatkan 55 peratus daripada jumlah keseluruhan trak pikap terjual.

Varian flagship X-Terrain juga semakin menarik perhatian pelanggan bagi segmen trak pikap gaya hidup walaupun masih dikira baru dalam pasaran. Sebanyak 877 unit diserahkan kepada pelanggan yang memilihnya disebabkan penampilan, ruang dalaman luas, prestasi meyakinkan serta keselamatan tercanggih.

Dengan semua model yang ada ini diberi penarafan lima-bintang untuk ASEAN NCAP. Selain itu, varian X-Terrain diberikan jaminan tanpa had selama tujuh-tahun, yang pertama untuk trak pikap.

Barisan model yang ditawarkan untuk D-Max dimulai oleh varian Single Cab, diikuti 4×2 Automatik Double Cab yang ekonomikal, serta model 4×4 dan juga yang paling canggih, X-Terrain. Dengan ini, Isuzu merangkum keseluruhan spektrum pasaran melalui penawarannya yang menepati pelbagai keperluan dan kehendak setiap pengguna trak-pikap.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here