Jarang guna, Yamaha 125ZR Movistar untuk dilepaskan pada harga RM23,800

2251
Yamaha 125ZR diperkenalkan ke pasaran tempatan pada 1998. Kapcai 2-lejang ini merupakan pengganti kepada Y110SS dan dalam kalangan rider ia disebut sebagai one-two-fai.
 
Pada era 90-an, model ini begitu popular kerana reka bentuknya yang kompak dan runcing serta menggunakan brek cakera di depan dan belakang. Selain itu, kapcai ini menjadi buruan anak muda kerana Valentino Rossi.
 
Yamaha 125ZR hadir dengan beberapa generasi dan edisi ini juga mula meningkat nilai harganya selepas Yamaha tidak lagi mengeluarkan model tersebut.
 
Di sebalik peningkatan harga yang masih tinggi, siapa sangka Yamaha 125ZR Movistar boleh mencecah RM95,000 seunit.
 

Terkini, anda boleh memiliki kapcai tersebut pada harga lebih murah iaitu RM23,800. Perkongsian itu dimuatnaik oleh pengguna Facebook Edison Lee di grup Facebook Jual Beli Superbike dan Easy Rider di Malaysia.

Yamaha 125ZR Movistar tersebut didaftarkan pada 2019 dengan nombor siri 3666. Edison Lee menyatakan kapcai tersebut masih asli sepenuhnya tanpa modifikasi tambahan.
 
“Head block tak pernah buka, banyak marking kilang ada lagi. Tayar dan spoket pernah di tukar jer.
 
“Sijil, kotak, glove, postcard, baju, buku service semua ada. Bebas accident dan banjir, milleage 8k+ sahaja,” tulisnya.
 
Tambahnya, jentera tersebut merupakan ‘barang koleksi’ dan tidak begitu kerap digunakan yang mana bergerak untuk memanaskan enjin. 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here