‘Jual di Selangor, harga negeri Serambi,” Yamaha 125ZR (2006) RM38k tak masuk akal

1954
Pengeluaran Yamaha 125ZR 2-lejang dihentikan pada 2017. Sebutan ‘one-two-pai’ popular dalam kalangan pengguna lokal dan kapcai pada era penghujung 90-an dan awal milenia.
 
Oleh kerana permintaan yang tinggi dan bekalan yang terhad, harga model tersebut melonjak naik melebihi RM20,000. 
 
Tahun lalu, seorang pemilik 125ZR kondisi serba baharu atau New Old Stock (NOS), berkongsi ingin melepaskan kapcai berkenaan pada harga RM26,500 secara tunai. 
 
Terkini, seorang pemilik ingin menjual 125ZR pada harga lebih mahal iaitu RM38,888. Tanda harga tersebut mendapat kecaman dalam kalangan ahli grup Facebook YAMAHA 125 Z/ZR.
 
Rata-rata berpendapat, angka sedemikian hanyalah dalam kalangan negeri serambi yang meletakkan tanda jualan tidak masuk akal.
 
Menurut pemilik, 125ZR berwarna merah itu telah melalui proses restorasi menggunakan barangan ‘orimoto’ dan NOS.
 
Bagaimanapun, ramai berpendapat harga motor keluaran tahun 2006 itu tidak relevan. Menurut seorang pengguna Facebook, Muhd Fazliq Aiman, sebelum ini dia melihat beberapa unit jualan 125ZR.
 
“Aku pi tengok la kat Kepong harga 125ZR baru 30k tapi barula, lepas tu aku tengok kat Johor baru 22k, dia dah 38k,” tulisnya.
 
Yamaha 125ZR dijana oleh enjin 124.3cc yang menghasilkan kuasa 17.16hp @ 8,000rpm dan tork 16.1Nm@7,500rpm. 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here