Zeus lancar helmet gaya retro klasik dan moden, harga bermula RM140

1173

Zeus Helmet Malaysia melancarkan dua helmet baharu untuk pasaran tempatan menerusi model ZS-388 dan ZS-217 yang masing-masing berkonsep retro klasik serta retro moden.

Kedua-dua Zues Helmet ini sesuai buat mereka yang menunggang motosikal cafe racer, klasik dan retro, selain mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan serta piawaian (ECE) Economic Community of Europe.

Bagi model retro klasik, ZS-388 menggunakan material ABS yang ditawarkan saiz antara S sehingga XXL dengan lima pilihan warna iaitu nardo grey, matte black, matte army green, black scull dan paling menark ialah rusty yang pasti sesuai untuk apa jua jenis motosikal anda. 



Beratnya pula kira-kiranya 980 gram, selain harga pula bermula RM140 sehingga RM170.

Spesifikasi ZS-388

  • Sun visor
  • Kemasan liner kulit
  • Pemegang tali goggle kulit

Varian ZS-217 pula, ia juga menggunakan material yang sama, cuma ia berkonsepkan retro moden. Ia berat kira-kira 1.23 kg. ZS-217 ditawarkan pada harga RM220 sahaja seunit. 

Ia tampil dalam empat warna menarik iaitu putih mutiara, hitam matte, merah dan hitam oren dengan grafik api. 

Spesifikasi ZS-217

  • Mekanisma visor tanpa peralatan
  • Liner dalaman yang boleh ditanggal dan dibasuh
  • Liner anti alahan dan bateria
  • Sun visor
  • Visor anti calar

Untuk makluman, jenama Zeus Helmet ini berasal dari Taiwan yang mana syarikat itu ditubuhkan pada 1988 dan ia memasuki Malaysia empat tahun lalu.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here