Subaru Prodrive P25: Beli RM2.48 juta, jual balik RM4 juta

691

Satu daripada 25 ‘restomod’ Subaru Prodrive P25 bakal dijual dengan harga £775,000 (RM4 juta) di laman sesawang www.gcmotors.co.uk.

Harga yang ditawarkan itu boleh dikatakan naik hampir sekali ganda berbanding mula-mula diperkenalkan sebelum ini iaitu £460,000 (RM2.48 juta!)

Adakah harga yang ditawarkan itu adalah munasabah?

Sebenarnya harga itu sudah pun dijangka akan melambung tinggi. Menurut seorang daripada jurucakap daripada Pasukan Jualan Prodrive P25 berkata: “Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan, sifat eksklusif kereta ini bermakna terdapat minat yang mendalam dan menunjukkan bahawa Prodrive P25 akan menjadi pelaburan jangka panjang yang hebat.” 



Jentera itu diasaskan dari kerangka Subaru Impreza WRX GC8 dua pintu. Model ‘kelahiran’ semula 22B itu menampilkan lebih banyak teknologi perlumbaan dari Prodrive dan hampir menyamai jentera WRC sebenar berbanding 22B asli. 

Output 400bhp dan tork maksimum 600 Nm.

Pembinaan komposit karbon pada keseluruhannya bermakna berat kereta itu di bawah 1200kg, manakala enjin 2.5 liter flat four boxer menghasilkan output 400bhp dan tork maksimum 600 Nm.

Kuasa itu disalurkan ke kotak gear sequential enam-kelajuan bersama pedal penukar gear dengan menggunakan set klac lapisan berkembar dari AP Racing.

Jentera ini boleh dikatakan satu daripada pelaburan yang sangat menguntungkan. Macam beli Yamaha RX-Z, betul ker? 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here