Mitsubishi Triton 2024, dikesan sedang diuji di Thailand. Ini ker yang korang tunggu?

813

Mitsubishi Triton adalah satu daripada trak pikap pilihan sama ada untuk pasaran Malaysia atau Thailand.

Boleh dikatakan, generasi Triton yang dijual pada masa kini mungkin dalam tempoh penghujung kitarannya.

Jadi untuk kekal releven dalam segmen pikap trak, Mitsubishi perlu mengeluarkan model baharu. Ini terbukti apabila Mitsubishi Triton 2024 yang dikesan sedang diuji di Thailand dengan ditutupi pelekat penyamaran.



Imej yang disiarkan akaun Facebook MZ Crazy Cars secara tidak langsung membongkar sedikit sebanyak bentuk Triton 2024 itu. Ia dijangka dilancarkan tidak lama lagi selepas pandu uji dilaksanakan.

Apa yang dimaklumkan, Triton 2024 dikatakan lebih besar serta luas berbanding Triton semasa, iaitu berukuran 1,815mm lebar dan 103mm lebih kecil berbanding Ford Ranger. 

Pada muka hadapan, jeriji lebih besar yang dipadankan dengan lampu utama terpisah. Adakah ia mengambil sedikit rekaan Xpander?

Bahagian tepi pula terdapat garisan dari bahagian cermin sisi hingga ke arah pintu belakang.

Sebelum ini, Mitsubihsi melaporkan bahawa Triton akan didatangkan dengan “enjin diesel generasi akan datang” sama ada PHEV atau hibrid yang menggunakan komponen serupa tetapi dengan bateri lebih kecil.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here