Seperti yang kita tahu, peminat Volkswagen klasiknya mempunyai cita rasa yang tersendiri tidak kira negara mana mereka berada.
Sama ada mahu kekal standard seperti baru keluar kilang, atau melakukan ubah suai yang diluar jangkaan pemikiran.
Seperti Volkswagen T1 Samba 1965 ini, ia tampil menyerlah selepas menggunakan enjin Porsche, naik taraf casis dan dipadankan rim Fuchs. Selain itu, bahagian dalam dibalut kulit sebagai sebahagian daripada projek pemulihan lengkap.
Untuk makluman, ini adalah model rare dengan mempunyai 21 tingkap yang jarang ditemui. Ia diimport ke United Kingdom dari Jepun. Rasanya, ia lebih rare lagi daripada RX-Z!
Jentera yang dibina Creative Coachworks kini disenaraikan untuk dijual oleh DD Classics di London.
Biarpun jentera lama, ia dikatakan sudah diuji di Autobahn dengan kelajuan maksimum 160 km/j yang mana ia menggunakan enjin 3.2 liter flat-six diperoleh daripada Porsche 911 Carrera dari tahun 80-an.
Kuasa itu disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual lima kelajuan dengan kuasa hentiannnya diperkuatkan dengan brek kaliper merah yang berprestasi.
Bagi membuatkan lebih sporty, bentuk badannya direndahkan serta bahagian luarnya menerima sentuhan gabungan hitam dan putih.
Bahagian dalamannya juga dibaik pulih dengan upholsteri kulit hitam dengan aksen krim meliputi semua kawasan, termasuk papan pemuka, pintu, tempat duduk dan sangkar gulung.
Pada ruang kokpit, ia menggunakan stereng tiga jejari yang dibalut dengan Alcantara dengan lencana Porsche dan skrin LCD yang dipasang di atas bumbung.
Bahagian belakang kabin telah diubah menjadi ruang tamu dengan tempat duduk bangku menghadap bertentangan, meja bulat dan ruang penyimpanan.
Harganya pula, DD Classics tidak mengumumkan secara dalam laman sesawangnya, namun jika berminat boleh menghubungi mereka terus.
Galeri Gambar