Kuasai asas pemanduan Off-Road dan pelajari teknik baru dengan Ford Ranger anda

620

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, menganjurkan kursus latihan kepada pemilik Ford Ranger untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengendalikan kenderaan mereka.

Kursus pemanduan off-road peringkat pemula ini dikendalikan oleh pasukan M4TREC yang terdiri daripada pelatih profesional bertauliah dengan HRDF yang juga pakar pemanduan off-road. 



Ini cara terbaik untuk mempelajari dan mengalami sendiri asas pemanduan off-road dalam persekitaran yang terkawal. Peserta juga akan dapat membiasakan diri secara mendalam terhadap kenderaan mereka untuk mengenali potensi sebenar Ranger.

M4TREC ialah pusat latihan dan pengalaman pemanduan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang mengendalikan kemudahan latihan khusus kekal untuk 4WD yang pertama di Malaysia.

Terbuka kepada semua pemilik Ranger dan Raptor, Ford Ranger Getaways adalah yang pertama dalam industri dan khas untuk Malaysia. 

Usaha yang digerakkan oleh SDAC ini meliputi beberapa kategori untuk memenuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai latar belakang yang mahukan menginginkan pengembaraan setempat yang singkat, baik secara bersendirian atau dengan keluarga dan rakan-rakan, atau dengan mereka yang mempunyai minat yang sama.

Slot bagi setiap Ford Ranger Getaway, termasuk Kursus Pemula 4WD M4TREC, adalah terhad dan akan diberikan kepada mereka yang mendaftar dahulu. Pemilik yang berminat boleh membuat tempahan dan bayaran secara dalam talian melalui SDAC-Ford e-commerce platform.

Kursus berkenaan dikenakan yuran sebanyak RM992.89 seorang, dengan maksimum dua orang peserta bagi setiap kenderaan. Khusus untuk pemilik Ranger generasi baharu, sekiranya ini Ford Ranger Getaways, mereka akan menikmati potongan harga 30% dengan kod kad keistimewaan Inner Circle.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here