Yamaha Y15ZR model baharu akhir lancar di Malaysia

7504

Bulan lalu, Yamaha Exciter 150 telah dilancarkan di Thailand. Di sana, empat pilihan warna ditawarkan untuk kembar Y15ZR itu termasuklah merah, biru, hitam dan edisi khas konsep Movistar.

Kini tiba pula giliran negara kita untuk menerima kehadiran ‘Y Suku’ yang hadir dengan ciri baharu.



Pelancaran Yamaha Y15ZR baharu ini diadakah di Jasin, Melaka, sempena pembukaan Kejohanan Cub Prix Malaysia.

Apakah ciri baharu yang ada pada Y15ZR ini, ia membabitkan:

  • Perumah lampu LED

 

  • Meter kelajuan LED sepenuhnya

  • Corak grafik baharu

  • Rim 17-inci dengan tayar 70/80

Biarpun memiliki ciri baharu, enjinnya masih lagi sama dengan versi terdahulu. Ia menggunakan enjin masih sama dengan dijana rangkaian kuasa empat lejang berkapasiti 150cc.

Ia menyalurkan kuasa maksimum sehingga 15.1hp pada 8,500 rpm dan tork sebanyak 13.8Nm pada 7,000 rpm. Kuasa daripada enjin itu disalurkan kepada kotak gear lima kelajuan.

Bagi pasaran Malaysia, ia ditawarkan dengan warna empat warna. Berhubung harganya pula, ia akan didedahkan nanti apabila berada di pasaran pada pertengahan April ini.

Ini video sempena pelancaran Yamaha Y15ZR baharu:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here