Mercedes-Benz EQS 500 4MATIC versi CKD lebih murah RM50K, spesifikasi lagi mantap

486

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengumumkan pemasangan tempatan (CKD) EQS 500 4MATIC di kilangnya di Pekan, Pahang. 

Penyerahan pertama sedan EV mewah itu akan bermula pertengahan Mac depan. Sedan elektrik mewah pertama daripada rangkaian model Mercedes-EQ yang dibina di atas seni bina modular. Ia menggabungkan aspek kemewahan, teknologi, reka bentuk, fungsi dan ketersaambungan.

EQS 500 4MATIC menjadi saloon mewah pertama dipasang di Malaysia yang hadir dalam satu varian sahaja.



Apa yang menariknya dengan EQS 500 CKD ini:

  1. Model baharu ini hadir dengan spesifikasi lebih tinggi pada harga RM50,000 lebih murah.
  2. Model CBU keluaran kilang di Pekan itu dilengkapi sistem suspensi dengan peredam adaptif 4MATIC untuk memberikan kualiti pengendalian lebih mantap. 
  3. EQS 500 4MATIC kini menggunakan dua motor elektrik yang mampu menjana kuasa sehingga 330kW untuk prestasi terbaik. 
  4. Ia hadir dengan rekaan luaran dikenali sebagai Electric Art yang merangkumi kemasa krom dan rim aloi ringan lima jejari baharu bersaiz 20 inci. Dengan pekali seretan hanya 0.20 ia menjadikannnya sebagai sebuah kereta produksi paling aerodinamik di dunia. 
  5. Memiliki gril radiator bersama corak ikonik Mercedes-Benz dan sunroof panoramik bagi membuatkan ruang kabin terasa lebih luas. Tidak ketinggalan, sedan mewah itu hadir dengan lampu utama DIGITAL LIGHT yang canggih.
  6. Ruang kabin tampil rekaan Electric Art tampil mewah dengan material dan hasil pertukangan berkualiti tinggi. Ini dapat dilihat menerusi kemasan pada papan pemuka, panel pintu, tempat duduk, balutan kulit nappa pada sereng, trim kayu dan sebagainya.
  7. Memiliki kamera 360 darjah Active Parking Assist yang menawarkan sudut pandangan jelas kepada pemandu ketika hendak memarkir kereta. MBUX Hyperscreen akan menjadi ciri standard pada sedan ini. 
  8. Ciri URBAN GUARD memberi ketenangan minda apabila kereta diparkir. Sistem itu terdiri daripada penggera anti-kecurian dan sistem pemantauan yang boleh diakses menerusi aplikasi Mercedes me. 
  9. Dari segi keselamatan, EQS 500 4MATIC dilengkapi Driving Assistance Plus Package yang merangkumi ciri Re-start automatik semasa kesesakan jalan raya, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Lane Keeping Assist, Active Steering Assist, sokongan menukar haluan,  PRE-SAFE, sensor belakang dan banyak lagi. 

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Sagree Sardien berkata, Mercedes-Benz mencatat satu lagi pencapaian dengan menghasilkan EQS 500 4MATIC pemasangan tempatan yang pertama.

“Ini sememangnya akan menyokong strategi perniagaan kami dalam menawarkan rangkaian model EQ yang komprehensif kepada para pelanggan, seterusnya menyumbang ke atas peralihan EV yang lebih tinggi di Malaysia. 

“Kami akan terus mencipta ekosistem mobiliti elektrik, bukan sahaja menerusi produk, tetapi turut melibatkan perkhidmatan, teknologi dan inovasi,” katanya.

Pelancaran versi CKD itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Hadir dalam satu varian sahaja, spesifikasi ringkas jentera itu adalah seperti berikut:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here