Bukan rahsia lagi bahawa pasukan lumba Mercedes-AMG PETRONAS F1 mengalami tahun yang sukar dalam Formula 1 pada 2022.
Selepas mendominasi sukan itu dengan memenangi lapan kejuaraan pembina berturut-turut, pasukan itu nampaknya kurang bernasib baik pada musim lalu. Namun pada tahun ini, pasukan itu mencari penyelesaian secara terbaik.
“Kami mempunyai berat badan berlebihan tahun lalu,” kata Ketua Pasukan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-AMG PETRONAS F1, Toto Wolff yang dipetik menerusi laporan jalopnik.com.
Menurutnya, pada tahun ini, pihaknya cuba mencari penyelesaian untuk mengurangkan berat setiap gram bagi jentera.
“Jadi sekarang, sejarah berulang. Anda akan melihat bahawa kereta ini menggunakan badan kemasan gentian karbon sahaja, bersama-sama dengan beberapa yang dicat hitam matte,” katanya.
Namun, perubahan itu adalah drastik pastinya mencipta penampilan yang menarik untuk pasukan berkenaan.
Selain warna hitam, masih ada beberapa warna lain yang digunakan seperti nombor kuning dan biru untuk pemandu Mercedes, George Russell serta Lewis Hamilton.
Untuk mengetahui sama ada semua langkah penjimatan berat itu mempunyai banyak kesan, tunggu sahaja ujian pra-musim di Bahrain tidak lama lagi.