Enam lelaki ditahan polis selepas melakukan aksi ‘Superman‘ semasa Op Samseng Jalanan oleh Ibu Pejabat Kontinjen Kedah di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Kedah.
Ketika operasi berjalan, polis telah mengekori sekumpulan motosikal dengan aksi merbahaya dan bersaing sesama sendiri.
Kumpulan itu juga turut melakukan aksi zig-zag bermula dari KM36.3 sehingga KM34.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara.
Aksi-aksi tersebut membahayakan nyawa diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain. Kesemua individu ditahan dibawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu/ Lumba haram.
Manakala, semua Motosikal disita dan dibawa ke IPD Kubang Pasu untuk tindakan selanjutnya.