Bantu kurang risiko kemalangan, Brotherhood turap ala permaidani

593

Selain hanya mengambil masa yang singkat, turapan jalan raya yang dilakukan oleh Ikatan Silaturahim Brotherhood lebih kukuh dan kemas, sungguhpun prosesnya seperti meletakkan permaidani di atas jalan raya.

Pengasasnya, Azlan Sani Zawawi mengakui bahan turapan adalah inovasi berkelas dunia yang mendapat kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan SIRIM Berhad.

Turapan tar yang kami guna ini kualiti dan spesifikasinya adalah pertama di dunia yang sudah kami cipta sejak 3 tahun lepas”



“Bahan turapan ini sangat kuat, walaupun hujan dan banjir dia tetap kukuh dan kemas”, katanya.

Bercerita lanjut mengenai keistimewaan inovasi itu katanya, mereka menggunakan bahan medium mebran bitumen diubahsuai (Modified Bitumen Membran) sebagai bahan utama.

Menurutnya, bahan tersebut berfungsi untuk mengurangkan risiko kerosakan turapan sebelum tarikh luputnya.

Walaupun orang panggil ‘tar carpet’ tapi sebenarnya ini adalah medium Membran Bitumen Diubahsuai (Modified Bitumen Membran)”

“Membran Bitumen ini tidak boleh dapat dikedai, sebaliknya yang telah diubahsuai dan kami gandingkan bersama emulsi RS3K untuk menghasilkan turapan yang kukuh walaupun berlakunya kebocoran air di bawah tanah”, kongsinya.

Mengulas lanjut, aktivis jalan raya itu juga menegaskan, meskipun usaha tersebut tidak membawa keuntungan, namun ia tetap akan terus dilakukan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya khususnya di kalangan penunggang motorsikal.

Tambahnya, dia juga dalam masa sama mahu ’menjentik’ pihak berwajib agar lebih cakna dalam mengurus dan menyelenggara jalan raya demi keselamatan rakyat.

Inisiatif utama Bbrotherhood melakukan kerja-kerja sebegini adalah kerana kadar kemalangan semakin meningkat khususnya motosikal”

“Tak dapat tolong banyak tapi dapat tolong mengurangkan risiko kemalangan sudah cukup, selain mahu mencabar pihak berkaitan untuk cakna dengan keselamatan pengguna jalan raya”, tegasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here