Utama Kenderaan Elektrik Proton, Perodua diminta percepat pengeluaran kereta EV

Proton, Perodua diminta percepat pengeluaran kereta EV

497
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang berbincang dengan Proton dan Perodua untuk mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) nasional.
 
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pengeluaran kenderaan EV oleh dua syarikat tempatan itu perlu menawarkan harga mampu milik.
 
Menurutnya, garis panduan semasa permit import (AP) juga turut ditambah baik dengan memberikan fleksibiliti ke atas kuantiti maksimum pengimportan kenderaan secara yang dipasang sepenuhnya (CBU).
 
Ini bagi kajian pasaran pra-pemasangan untuk EV supaya syarikat-syarikat pemasangan tempatan lebih berpeluang menilai keperluan pasaran baharu untuk segmen EV sebelum memulakan pengeluaran.
 
“Langkah penambahbaikan ini juga dijangka akan memberi lebih pilihan EV untuk ditawarkan dalam pasaran kepada rakyat,” katanya.
 
Jika Perodua dan Proton dapat merealisasikan permintaan itu, berapakah harga kereta EV yang bakal ditawarkan kelak? 
 
Adakah di bawah RM100,000? yang mana jauh lebih murah berbanding kereta EV yang terdapat dalam pasaran tempatan setakat ini.
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here