Pemilik Volvo Cars akan boleh tetapkan kelajuan maksimum kereta mereka

1301

Volvo Cars mengumumkan fungsi Care Key yang membolehkan pemilik Volvo menetapkan kelajuan maksima kereta mereka bermula tahun 2021.

Kelajuan maksima kereta boleh ditetapkan untuk pemilik itu sendiri, atau untuk ahli keluarga dan kawan-kawannya. Fungsi ini juga penting dan berguna jika pemilik itu meminjamkan keretan kepada pemandu lebih muda dan kurang berpengalaman.



Pengenalan Care Key ini adalah lanjutan dari pengumuman syarikat Sweden itu tentang kelajuan maksima kereta mereka yang akan ditetapkan kepada 180km/j bermula 2020.

Perpustakaan digital untuk semua sebagai sambutan ulangtahun ke-60 Volvo Cars

Volvo Cars turut menggunakan pengetahuannya dalam aspek keselamatan automobil dengan perpustakaan digital.

Platform yang boleh diakses oleh semua itu akan menempatkan segala pengetahuan teknologi keselamatan Volvo di samping menyambut ulangtahunnya yang ke-60.

Volvo terkenal sebagai sebuah syarikat yang tidak “kedekut ilmu” dalam aspek keselamatan. Seperti diketahui ramai, ciptaan tali pinggang tiga-point yang diguna pakai sekarang sebenarnya adalah hak cipta syarikat itu.

Mula diperkenalkan pada 1959, tali pinggang tiga-point telah menyelamatkan nyawa kira-kira sejuta orang di seluruh dunia dan bukan dari kenderaan Volvo sahaja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here