Bajet 2023: Projek khusus tangani kesesakan jejas lokasi pelancongan

493

Kerajaan akan melaksanakan beberapa projek khusus untuk menangani kesesakan lalu lintas yang menjejaskan beberapa lokasi pelancongan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek itu termasuklah membina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata di Cameron Highlands dengan kos sebanyak RM480 juta.



Beliau berkata, Jalan Tun Hamzah ke persimpangan Semabok Lebuh AMJ di Melaka Tengah turut akan dinaik taraf dengan peruntukan RM300 juta.

Selain itu, sebanyak RM160 juta diperuntukkan bagi membina jalan dan jambatan Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek di Sepang.

Kerajaan juga akan menambah baik jaringan lebih raya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desar Expressway.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here