Bajet 2023: RM40j tingkat kemahiran 30,000 pekerja gig

445

Sejumlah RM40 juta disediakan untuk manfaat 30,000 pekerja gig, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata menerusi Belanjawan 2023, kerajaan akan menanggung bayaran latihan untuk pekerja gig menjalani program peningkatan kemahiran micro credentials sehingga RM4,000.

Pada masa sama, katanya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) juga menyediakan elaun RM300 untuk tiga bulan bagi menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan.



Langkah ini adalah inisiatif kerajaan bagi menggalakkan anak muda meningkatkan keupayaan dan kemahiran bagi meraih gaji yang lebih bermakna,” katanya.

Anwar berkata, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCorp) dengan dana RM1 bilion juga akan dimanfaatkan untuk melaksanakan program latihan kemahiran kepada pekerja bagi majikan yang berdaftar dan mempunyai levi terkumpul.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here