Bajet 2023: Lapangan terbang Subang, Pulau Pinang dinaiktaraf

555

Kerajaan bercadang untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) berbanding membangunkan hab baharu dengan kerja-kerja akan diterajui Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata cadangan bagi mendukung dan menggalakkan kemasukan pelabur, peniaga dan pelancong ke Malaysia juga antara lain adalah membangunkan Pulau Carey yang akan dilaksanakan sektor swasta.

Kerajaan bercadang untuk membesarkan dan meningkatkan keupayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Antarabangsa Pulau Pinang dan LTSAAS.



“Cadangan pembesaran yang akan diterajui oleh MAHB ini dijangka memanfaatkan pertumbuhan ekonomi pada kos yang jauh lebih rendah berbanding cadangan membina lapangan terbang baharu di Kulim yang dianggarkan RM7 bilion.

“Cadangan lapangan terbang Kulim tidak boleh dipertimbangkan dalam keadaan semasa,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here