Rasuah tengah laut, 10 suspek direman lima hari

614

Sepuluh individu termasuk lima penjawat awam membabitkan tiga agensi penguatkuasaan di laut direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini selepas mendapat permohonan pegawai penyiasat SPRM Putrajaya.



Menurut sumber, suspek berusia 26 hingga 57 tahun dipercayai adalah lima anggota tiga agensi penguatkuasaan di laut dan lima orang awam termasuk pemilik bot yang ditahan SPRM.

Tangkapan 10 individu ini adalah antara 19 yang diberkas SPRM selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti rasuah besar-besaran dan menhutip wang rasuah  di tengah laut.

Tindakan tersebut susulan pendedahan eksklusif Harian Metro sejak Ahad lalu berkaitan   kegiatan rasuah membabitkan anggota penguatkuasa di laut.

Pendedahan itu menggemparkan apabila berpuluh kakitangan dan pegawai penguatkuasa dikesan menerima suapan ‘duit haram’ secara bulanan sejak lebih lima tahun lalu.

Kegiatan itu berjaya dikesan SPRM susulan risikan dilakukan terhadap tiga agensi penguatkuasaan membabitkan agensi Jabatan Perikanan (DOF), Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Kakitangan tiga agensi itu dikesan menerima rasuah diberikan pemilik bot nelayan dan pengusaha sangkar ternakan ikan dalam bentuk wang tunai.

SPRM turut melakukan risikan sejak beberapa bulan lalu, terhadap semua agensi ini terutama membabitkan negeri di utara tanah air iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perlis selain turut membabitkan Pulau Langkawi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here