Continental ComfortContact CC7: Empat sebab ia lebih selesa dan senyap berbanding versi sebelum ini

2993

Susulan pelancaran UltraContact UC7 pada Ogos 2022, Continental Tyres melancarkan produk baharunya dalam rangkaian tayar Generasi ketujuh, ComfortContact CC7.

Tayar berkenaan memberi tumpuan kepada keselesaan bagi membolehkan pemandu dan penumpang benar-benar menikmati setiap perjalanan yang mereka lalui.

Tahukah anda? Tayar menyumbang kira-kira 50 peratus daripada kebisingan yang dihasilkan ketika memandu. 

Ketua R&D Continental Asia Pasifik, Bob Liu berkata, apabila bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi terutamanya, bunyi tayar yang bersentuhan dengan permukaan jalan dan angin bergelora meningkat dan menjadi lebih ketara. 



“Bunyi bising daripada tayar turut menjadi faktor penting untuk kenderaan elektrik yang mana sistem pemanduannya hampir tidak mengeluarkan bunyi. Untuk kenderaan ICE konvensional dan elektrik, pemilihan tayar yang selesa adalah penting kerana  boleh menambah baik akustik kabin secara signifikan.”

“Penyelesaian perkara ini adalah ComfortContact CC7 baharu. Ia ditambah baik dengan Teknologi Comfort+ yang menjanjikan pengalaman pemanduan lebih lancar dan senyap,” katanya.

Ini kelebihan ComfortContact CC7 yang anda perlu tahu:

1. ComfortContact CC7 Zero Shock Pattern menampilkan reka bentuk corak tayar unik yang mengurangkan hentakan berbanding blok tradisional. Ia direka bentuk bagi mengurangkan secara signifikan kekasaran walaupun di atas permukaan jalan yang berbonggol dan tidak rata, membawa keselesaan pemanduan yang hebat ke satu tahap lebih tinggi. 

2. Noise Muter terdiri daripada dua teknologi peredam bunyi yang berkesan mengurangkan kebisingan untuk keselesaan bunyi yang lebih baik. Pertama sekali, Noise Breaker 3.0 memecahkan gelombang bunyi menjadi gelombang yang lebih kecil dan menghalang ia daripada bertambah dan masuk ke dalam kabin kereta. Kedua, Helmholtz Resonators, yang dinamakan sempena nama ahli fizik Jerman yang menemui teori Resonan Helmholtz, adalah ruang penyerap bunyi bising pada permukaan corak tayar yang menarik gelombang udara dan menyerap frekuensi bunyi bising sebelum ianya dapat keluar. 

3. Jurutera Continental turut membina tayar yang tahan lama untuk ComfortContact CC7 yang dapat menahan asakan penggunaan harian. Sama ada untuk perjalanan jarak dekat berulang alik setiap hari atau perjalanan jarak jauh, ComfortContact CC7 Everflex Compound ialah bahan tahan lasak semua musim yang menjadikan tayar ini sesuai untuk penggunaan dalam pelbagai keadaan suhu dan musim berbeza. 

4. Berbanding dengan produk tayar ComfortContact CC6 sebelum ini, ComfortContact CC7 memberikan tahap keselamatan yang dipertingkatkan di atas jalan menerusi penambahbaikan ketara dari segi pengendalian dan brek tanpa menjejaskan tahap keselesaan dan pengurangan bunyi bising. 

ComfortContact CC7 boleh didapati dalam pelbagai saiz dari 13 hingga 16 inci. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.continental-tyres.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here