Maserati Grecale GT: SUV mewah baru di Malaysia, harga bermula RM598,000

807

Selepas pratonton pada Jun lalu, akhirnya Naza Italia melancarkan Maserati Grecale GT 2023 varian hibrid dari rangkaian SUV serba baharu untuk pasaran Malaysia.

Namun buat masa ini, hanya varian sahaja yang diperkenalkan terlebih dahulu iaitu Grecale GT. Dua varian lagi iaitu Grecale Modena dan Grecale Trofeo bakal dilancarkan kemudian untuk pasaran Malaysia



Untuk makluman, nama Grecale diambil daripada angin Mediterranean timur laut. Jentera itu dibangunkan di Makmal Inovasi Maserati di Modena dan dihasilkan di kilang Cassino.

Dikuasakan enjin empat silinder turbocas hibrid berkapasiti 2.0 liter yang menjana 300PS dengan tork mencecah 450Nm. Pecutan 0-100km/j hanya 5.6 saat. Ia juga ditawarkan dengan pelbagai Mod Pemanduan membabitkan COMFORT, GT, SPORT dan OFF-ROAD .

Dari segi reka bentuk, Grecale membawa simbol visual baharu Maserati, yang membezakan setiap model baharu sejak MC20. 

Bahagian hadapan mempunyai gril yang rendah dan mengagumkan. Profil itu menampilkan bentuk visual berliku-liku. Di bahagian belakang, lampu belakang bumerang diilhamkan oleh model Giugiaro 3200 GT dan sesuai dengan garisan trapezoid.

Penampilan luaran lebih jelas menarik selepas dilengkapi rim aloi 19 atau 20 inci, bampar warna badan dan skirt sisi serta sisipan gril hadapan dalam ekzos krom.

Dimensinya

  • Panjang: 4,846 mm
  • Jarak Roda: 2,901mm
  • Ketinggian: 1,670 mm
  • Lebar: 2,163 mm

Bagi mengisi barang, jangan risau kerana ruang but belakang berkapasiti 535L!

Ruang kabin

Kabinnya menampilkan papan pemuka kulit yang diinspirasikan oleh kulit Saffiano, digabungkan dengan kemasan berkilauan pada konsol tengah dan panel pintu. 

Untuk versi GT, warna yang dipilih adalah hangat. Sebagai alternatif kepada Kulit Hitam, kulit premium dalam warna coklat dan greige atau hitam tebal dengan jahitan kontras tersedia sebagai pilihan. Roda stereng dibaluti kulit dengan paddle shift aluminium. Berbanding sebelum ini, model baharu itu buat pertama kalinya, menggunakan jam digital.

Sistem infortaimen bersaiz 12.3 inci, manakala pada bahagian bawahnya pula memiliki skrin 8.8-inci yang mana kedua-duanya dipautkan kepada Maserati Intelligent Assistant (MIA), iaitu sistem infotainmen berasaskan Android Automotive OS dari Google.

Penumpang belakang juga dilengkapi skrin sentuh sendiri pada hujung konsol tengah untuk kawalan penyaman udara. 

Bagi memberi bunyi yang terbaik, Maserati menjalani kerjsama dengan Sonus Faber untuk membangunkan sistem bunyi 3D dengan tawaran 21 (High Premium) pembesar suara.

Tawar tiga warna

Pilihan warna pula, ia ditawarkan dengan Blu Intenso (biru metalik), Bianco Astro (kelabu metalik) dan Bianco (pepejal putih). Harganya mula dijual RM598,000 termasuk cukai dan duti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here