Selepas beberapa bulan imej intip dan foto Honda City (2023) bocor, akhirnya sedan itu rasmi dilancarkan di India.
Versi City facelift itu menerima beberapa penambahbaikan agar kekal relevan di pasaran. Berikut perubahan yang diterima sedan segmen B tersebut:
- Warna badan baharu Obsidian Blue Pearl
- Gril dan bampar depan baharu
- Kemasan lampu kabus baharu
- Bampar belakang baharu dan spoiler dengan warna badan
- Rim aloi rekaan berlian bersaiz 16-inci dengan dua tona warna
- Ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar
- Latar dan warna baharu pada skrin infotainmen
- Pengecas tanpa wayar
- Pengelap cermin automatik
- Lampu ambien pada hendal dan poket pintu depan
- Paten gentian karbon pada sisi panel instrumen (City hibrid)
- Kemasan piano hitam pada corong pendingin hawa dan stereng (City hibrid)
Sementara itu, kini Honda Sensing ditawarkan pada varian City petrol yang mana sebelumnya hanya terdapat pada City hibrid.
Ciri keselamatan yang ditawarkan adalah Sistem Brek Perlanggaran Mitigasi, Kawalan Kruise Adaptif dengan kelajuan perlahan ikuti kenderaan depan (City hibrid), Road Departure Mitigation System, Bantuan Kekal Lorong, Lead car departure notification dan lampu tinggi auto.
TRENKUASA
Sedan segmen-B tersebut didatangkan dengan pilihan petrol dan hibrid. Bagi model 2023, tiada lagi pilihan enjin diesel.
City petrol didatangkan dengan enjin 1.5-liter VTEC DOHC yang menghasilkan kuasa 121PS dan tork 145Nm. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi kelajuan CVT 7-kelajuan atau manual 6-kelajuan.
City e:HEV pula dikuasakan dengan enjin sama 1.5-litre Atkinson-cycle DOHC i-VTEC yang digabungkan dengan motor elektrik. Gabungan sistem hibrid berkenaan menghasilkan output 126PS dan tork 253Nm bersama kotak gear eCVT.
VARIAN
Honda City facelift didatangkan dengan enam pilihan varian iaitu empat bagi varian petrol , (SV, V, VX and ZX) dan dua lagi City hibrid (V and ZX). Berikut pilihan varian dan harga:
City Petrol
- SV MT: Rs 11.49 lakh (RM62,665)
- V MT: Rs 12.37 lakh (RM67,464)
- V CVT: Rs 13.62 lakh (RM74,282)
- VX MT: Rs 13.49 lakh (RM73,573)
- VX CVT: Rs 14.74 lakh (RM80,390)
- ZX MT: Rs 14.72 lakh (RM80,282)
- ZX CVT: Rs 15.97 lakh (RM87,099)
City hibrid
- V: Rs 18.89 lakh (RM103,033)
- ZX: Rs 20.39 lakh (RM111,215)
Dengan pelancaran City facelift berkenaan, model itu hanya menunggu masa memasuki pasaran Malaysia.
Namun bukanlah dalam masa terdekat kerana Thailand masih belum memperkenalkan City naiktaraf. Pada masa ini, Honda City sedia ada berharga antara RM 77,600 hingga RM108,800.