Versi bayangan awal Proton X90, bakal guna enjin hibrid turbo?

1210

Sebelum ini, beberapa imej intip Proton X90 (VX11) yang sedang menjalani ujian enduran beredar di media sosial.

Bagaimanapun, pelancaran SUV berkenaan masih belum diketahui. Tahun lalu, Proton mengesahkan selain X70 dan X50, tiga model baharu akan datang bakal menggunakan janakuasa 1.5 liter turbo yang akan diperkenalkan dalam tempoh 2023 hingga 2024.



Sebelum pelancaran, The Ajerul melakar gambaran awal Proton X90 dengan warna Deep Marine Blue.

Jelasnya, warna tersebut  dikatakan hampir sama dengan warna sebenar Deep Marine Blue atau lebih gelap.

Pada imej tersebut bahagian depan menggunakan gril signatur Infiniti Weave dan Ethereal Bow yang kecil dengan susunan yang rapat.

Rekaan bentuk belakang sama dengan Geely Okavango menerusi lampu yang lebih nipis dan kemasan krom pada pintu but.

Sementara, janakuasa pula difahamkan SUV 7-kerusi berkenaan bakal menggunakan mild hybrid electric (MHEV).

Ini dikukuhkan lagi menerusi perkongsian Proton tahun lalu yang mendakwa akan meneroka solusi tenaga baharu melalui HEV, PHEV dan BEV.

Menurut rakan media Paultan, dijangkakan Proton X90 akan menggunakan janakuasa 1.5 liter 3-silinder 48V. Menerusi gabungan motor elektrik, SUV itu bakal menghasilkan kuasa 190PS @5,500rpm dan tork 300Nm @ 1,500-4,000rpm.

Trenkuasa berkenaan turut dibekalkan pada Geely Okavango di Filipina bersama transmisi dual klac 7-kelajuan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here