Pusat 3S Mitsubishi Motors Kemaman, Terengganu kini dibuka

743

Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) bersama pengedar sah Okuan Motors Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan Pusat 3S Mitsubishi Motors baharu di Kemaman, Terengganu.

Pusat 3S itu menampilkan imej baharu sekali gus meningkatkan identiti jenama Mitsubishi Motors. Selain mahu menyampaikan mesej jenama global ‘Drive Your Ambition’.

Ia dibina dengan ruang seluas 5,000 kaki persegi, Pusat 3S menawarkan persekitaran yang lebih hangat dan lebih inklusif dengan ruang istirehat selesa, selain dilengkapi WIFI dan sudut kanak-kanak. Outlet itu juga dilengkapi pusat servis dengan tiga ruang servis.



Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, Okuan Motors bersama dengan Mitsubishi Motors sejak 2015 dengan pusat 3S di Kuantan, Pahang. 

“Sebagai pengedar kukuh yang komited untuk meningkatkan tahap dalam pengalaman pelanggan. Okuan Motors meluaskan jejaknya ke Terengganu, membuka sebuah lagi pusat 3S yang menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan,” katanya.

Baca juga >> Kenapa mak-mak patut ‘usha’ Mitsubishi Xpander

Ikeda berkata, pelancaran bilik pameran itu adalah cawangan keenam MMM di wilayah Timur, ia memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan untuk pertumbuhan perniagaan.

Pusat 3S Mitsubishi Motors Kemaman terletak di No. F-56-57-58-G, Jalan Raja Udang 2, Kemaman River Front, Biz Centre, 24000 Cukai, Terengganu.

Bilik pameran dibuka:

  • Sabtu hingga Rabu dari 8.45 pagi hingga 5.15 petang
  • Khamis dari 8.45 pagi hingga 5.00 petang

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here