Honda CR-V (2023) debut di Thailand pada 22 Mac ini

742

Honda Thailand mengumumkan generasi keenam Honda CR-V akan melakukan debut di Pameran Antarabangsa Bangkok (BIMS), 22 Mac ini.  

Di samping berkongsi beberapa keping imej teaser, Honda Thailand turut berkongsi maklumat pilihan varian. 



Honda CR-V bakal menerima dua tren kuasa iaitu 2.0 liter e:HEV hibrid dan 1.5 liter VTEC Turbo.

Bagaimanapun output kedua-dua janakuasa itu tidak didedahkan tetapi berdasarkan spesifikasi CR-V pasaran Amerika Syarikat memberi sedikit gambaran kuasa enjin yang bakal ditawarkan di negara jiran itu.

Enjin 2.0-liter e:HEV dibantu oleh motor elektrik dan pek bateri litium ion yang menghasilkan output kuasa 204hp dan tork 335Nm. Sementara, 1.5-liter VTEC Turbo pula menawarkan kuasa 190PS dan tork 243Nm bersama transmisi CVT Earth Dreams.

Manakala tawaran ciri peralatan pula bakal menampilkan rim aloi 19-inci, lampu utama LED bersama lampu tinggi projektor, lampu kabus LED, gril depan hitam berkilat dengan lencana RS bersama bampar depan/belakang warna badan dan skirting sisi.

Ciri peralatan standard bagi Turbo pula antaranya rim aloi 18-inci, dua ekzos, Honda Sensing dan warna hitam bagi bampar depan/belakang serta skirting sisi.

CR-V baharu lebih besar berbanding generasi sebelumnya dengan panjang (4,694mm), lebar (1,864mm), tinggi (1,681mm) dan jarak roda 2,700mm

SUV berkenaan lebih panjang 69mm, lebar (+10mm) dan rendah (-8mm) serta jarak roda 40mm lebih panjang. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here