Honda Vario 125 bakal lancar di Malaysia Ahad ini?

1320

Boon Siew Honda (BSH) bakal memperkenalkan produk baharu pada 12 Mac iaitu Ahad ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Honda Motorcycle Malaysia, model berkenaan bakal dilancarkan pada acara Petronas Malaysian Cub Prix di Dataran Sri Jempol.

“Fuhh ada model baru nak keluar gaiss!! Cuba korang teka model apa yang baru nak keluar ni?,” tulisnya pada bahagian kapsyen.



Menerusi sekeping imej yang dikongsi menunjukkan siluet samar sebuah skuter dari arah belakang.

Dipercayai model yang bakal dilancarkan itu adalah Honda Vario 125 susulan jualan Vario 150 dihentikan. 

Honda Vario 125 dilancarkan di Indonesia Disember lalu dengan pembaharuan yang lebih signifikan. 

Skuter itu semakin agresif menerusi penampilan rekaan baharu bentuk V bersama lampu LED. 

Antara ciri keselamatan dan teknologi terkini yang didatangkan adalah Honda Smart Key System, panel meter digital penuh dan pengecas USB pada kotak konsol.

Selain itu, ia didatangkan dengan tayar lebih besar dan saiz ruangan simpanan luas untuk menyimpan barangan. 

Enjin 125cc penyejukkan cecair bersama teknologi eSP menghasilkan kuasa 11.1PS @8,500rpm dan tork 10.8Nm @ 5,000rpm. Enjin tersebut menawarkan pecutan responsif dan prestasi yang stabil sekaligus menawarkan penjimatan 51.7km/l.

Vario 125 di pasaran Indonesia ditawarkan dengan tiga pilihan varian CBS, CBSISS dan CBS-ISS SP pada harga bermula RM6,528.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here