EMOS bakal bawa masuk rangkaian penuh model offroad Kawasaki

739

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia mengesahkan bakal membawa masuk rangkaian produk offroad tidak lama lagi. 

Kawasaki KLX 140

Ketua Pegawai Pemasaran Modenas, Yusaku Kashiwagi berkata barisan penuh model offroad termasuk kategori enduro dan motocross yang tidak boleh didaftar untuk kegunaan di jalan raya juga bakal diperkenalkan secara berperingkat. 

Menerusi pengumuman berkenaan bakal mempelbagaikan rangkaian model Kawasaki di Malaysia setelah lama model offroad selain KLX vakum di pasaran.



Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata sebagai permulaan pihaknya akan melantik empat pengedar khas motor offroad berkenaan.

“Ia bakal diumumkan serentak pelancaran model sekitar April atau Mei tahun ini,” katanya.  

Apakah model yang bakal dibawa masuk?, antaranya adalah KLX 140 dan siri KX 250 dan 450. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here