“Baru dapat tiga minggu, cermin depan beralun,” pemilik Proton X50

2384

Membeli kereta baharu seharusnya menjadi pengalaman yang menyeronokkan namun kadangkala sebaliknya. Isu defek pada kereta baharu sehingga pemilik perlu menghabiskan masa di pusat servis bukanlah pengalaman yang bagus. 

Tiada pemilik yang gembira perlu mengunjungi mekanik dengan kerap, terutamanya kereta baharu.



Bagaimanapun, isu defek ini berlaku pada segelintir pemilik dan antara masalah yang dihadapi misalnya sistem audio yang tidak berfungsi, bunyi bising (NVH), kotak gear dan sebagainya.

Namun, masalah defek yang berlaku pada pemilik Proton X50 ini jarang berlaku. Bahkan rata-rata netizen menyatakan pertama kali ‘mendengar’ masalah berkenaan selama mereka hidup.

Pemilik SUV itu berkongsi masalah cermin depan yang tidak rata di grup Facebook Proton X50 Community Malaysia (PX50CM).

“Assalam semua, nak tanya kepada owner X50 sape ada kena cermin depan beralun..pening kepala bila drive lama.

“Boleh claim Protonkan kalau defect macam ni, kereta usia tiga minggu..terima kasih semua,” tulisnya. 
 
Defek tersebut mengganggu fokus pemandu kerana permukaan cermin yang tidak rata. Ramai yang menganggap masalah tersebut berpunca daripada pemasangan filem penapis cahaya. 
 
Namun, pemilik mendakwa tidak memasang filem penapis cahaya pada cermin depan. Tetapi, seorang pemilik bernama Zaffuan Zainudin berkongsi pengalaman yang sama.
 
“Cermin kereta saya jadi macam ni, asal daripada kilang lagi, dah setel claim dan tukar kat SC,” katanya. 
 
Perkongsian itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen antaranya:
 
“Tak pernah dengar cermin macam ni sejak 45 tahun hidup.”
 
“Pernah jumpa sekali tapi cermin pintu belah driver.. keta Toyota Wish. Tapi bukan cermin asallah, owner tukar cermin lepas pecah kena batu.”
 
“Semua brand ada problem yang penting berapa cepat brand tersebut dapat selesaikan masalah customer. Saya keje automotive juga macam-macam brand dah keje samajer. Paling cepat brand tu dpt selesaikan masalah lagi bagus.”
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here