Buat kanak-kanak berumur tiga tahun, mungkin mereka lebih gemar bermain atau baru sahaja mengenali huruf dan angka ketika membaca buka.
Namun bukan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Zayn Sofuoglu dari Turkiye ini.
Anda mungkin pernah melihat klip video dia memandu Ferrari SF90 merah mengelilingi trek kart.
View this post on Instagram
Pada kali ini, dia telatahnya mungkin mengejutkan buat peminat kaki kereta. Ini kerana ia melakukan donat membakar tayar dengan memandu SF90 Stradale.
Bagaimana dia memandu sedangkan kakinya tidak sampai pada pedal minyak.
Sebenarnya dia menggunakan kerusi kanak-kanak untuk posisi lebih tinggi. Padel minyak dan brek diubah suai supaya kaki kanak-kanak berkenaan boleh menekannya.
Menariknya, kanak-kanak berkenaan mempunyai pengikut melebih 1.1 juta di Instagram (ketika artikel ditulis).
Jadi apa rahsia Zayn? Nah, kami mengesyaki itu semua adalah genetik. Ini kerana ayahnya ialah Kenan Sofuoglu, seorang bekas pelumba motosikal dengan lima kejuaraan dunia!
Jom tengok video di bawah:
View this post on Instagram