JLRM lancar Jaguar I-PACE, harga mula RM460k

792

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) memperkenalkan SUV elektrik penuh pertama,  Jaguar I-PACE ke pasaran tempatan.

Jaguar I-PACE memenangi lebih daripada 80 anugerah di peringkat global, termasuk ‘Kereta Terbaik Dunia’, ‘Reka Bentuk Kereta Terbaik Dunia’ dan ‘Kereta Hijau Dunia’.

JANAKUASA



SUV tersebut menggunakan motor elektrik pada setiap gandar yang menghasilkan kuasa 400PS dan tork 696Nm yang dihantar pada semua roda.

Padanan bateri 90kWj membolehkan I-PACE bergerak sejauh 470km. Manakala, pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 4.8 saat.

Binaan aluminium dan pusat graviti yang rendah menawarkan keseimbangan yang tiada tandingan.

PENGECASAN

Jaguar I-PACE didatangkan dengan kadar pengecasan pantas soket 11kW, dengan julat 53km (WLTP) dicapai dalam sejam dan kadar pengecasan dari sifar kepada penuh dalam masa 8.6 jam. 

CIRI PERALATAN

Ruang dalam kenderaan yang luas dan bergaya mewujudkan keseimbangan paling sempurna antara kereta sport klasik Jaguar dan mutu ciptaan serba mewah.

Kabin I-PACE kini dilengkapi teknologi inovatif termasuk sistem infohiburan Pivi Pro dipacu pemprosesan terkini yang boleh dihidupkan dengan pantas. 

SUV elektrik itu juga memiliki keupayaan mengharungi air sedalam 500mm yang disokong dengan suspensi udara.

HARGA

Jaguar I-PACE ditawarkan dengan dua pilihan varian iaitu Black LE pada harga RM460,800 dan HSE (RM498,800).

Demi ketenangan minda pemilik, Jaguar menawarkan waranti komprehensif selama 5 tahun atau 150,000km (mana tiba dahulu) dan khidmat bantuan tepi jalan 3 tahun.

Ia juga termasuk servis percuma sehingga 5 tahun atau 102,000km serta waranti Bateri Kenderaan Elektrik sehingga 8 tahun atau 160,000km, yang mana lebih awal.

Selain itu, JLRM juga memberikan kredit percuma RM1,000 dalam aplikasi DC GoToU mereka bagi tempahan yang diterima dalam tempoh pelancaran sehingga 28 Mei 2023, yang membolehkan pengguna meninjau lokasi pengecasan dengan mudah sepanjang perjalanan.

 










APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here