Pemilik halang bomba alih pokok hempap kereta

571

Niat murni anggota bomba membantu mengalihkan pokok tumbang yang menghempap  Kia Forte dihalang pemiliknya dalam kejadian di Jalan Anggerik Mokara, Kota Kemuning, malam tadi. 

Halangan itu dibuat pemiliknya atas alasan mahu membuat tuntutan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.15 malam berhubung bantuan atau khidmat khas berkaitan pokok tumbang.



Katanya, sejurus itu sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam digerakkan ke lokasi bagi tujuan tersebut.

“Bomba yang cuba untuk membantu mengalihkan dahan pokok tersebut bagaimanapun dihalang oleh pemilik kenderaan.

“Alasan diberikan pemilik kereta itu adalah menunggu pihak MBSA hadir ke lokasi bagi tujuan tuntutan kepada pihak berkuasa tempatan itu,” katanya.

Beliau menegaskan tiada mangsa terlibat dilaporkan dan pihaknya hanya mengalihkan dahan di sekitar kawasan tersebut sahaja.

Tambah Morni, kes diserahkan kepada Skuad Pantas MBSA untuk tindakan selanjutnya

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here