Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pembukaan pendaftaran bidaan nombor pendaftaran Perak AMY bermula 9 April sehingga 13 April (Khamis).
Bagi anda yang berminat boleh membuat bidaan menerusi talian JPJebid dan keputusan akan diumumkan pada 14 April ini.
Di samping itu, JPJ juga membuka pendaftaran bidaan nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan VKS bermula esok hingga 11 April. Keputusan akan diumumkan pada 12 April ini.
Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit yang dikeluarkan bank tempatan.
Sekiranya bidaan anda berjaya perlu mendaftarkan nombor plat tersebut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.