Goodyear Malaysia: Percuma payung bila tukar tayar sempena kempen Aidilfitri

497

Menjelang Hari Raya yang kian tiba, dengan menyediakan pakaian baharu dan banyak lagi, Goodyear Malaysia juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk membeli ‘kasut baharu’ untuk kenderaan mereka, ini memastikan tayar masih selamat digunakan pada musim perayaan ini.

Goodyear sebagai jenama tayar premium yang berkecimpung dalam teknologi tayar akan mendorong orang ramai untuk membuat pemeriksaan tayar masing-masing dan memastikan kondisi memuaskan atau menggantikan tayar untuk memastikan ketenangan ketika memandu.

Jadi untuk meraikan musim perayaan ini dengan ganjaran yang lebih besar, kempen Raya Bergaya Bersama Goodyear akan berlangsung mulai sekarang sehingga Rabu, 31 Mei 2023. Pengguna yang membeli sama ada empat biji tayar 16” dan 17” atau dua biji tayar 18” dan ke atas akan menerima satu Payung Goodyear eksklusif sementara stok masih ada. 



Selain itu, ’Road Hazard’ yang melindungi pengguna daripada kerosakan tayar disebabkan keadaan jalan raya yang tidak menentu; percuma dua kali pemeriksaan keselamatan tayar dan 5 tahun waranti untuk sebarang ketidaksempurnaan pembuatan pada tayar yang baharu dibeli! 

Berikut tiga langkah mudah untuk sertai:

Langkah 1: Beli empat biji tayar 16” dan 17” atau dua biji tayar 18” dan ke atas daripada kedai-kedai Goodyear yang mengambil bahagian.

Langkah 2: Terima Payung Goodyear* eksklusif daripada kedai-kedai Goodyear yang mengambil bahagian.

Langkah 3: Sila layari laman web Goodyear Malaysia dan daftar untuk Worry Free Assurance dengan mengisi butiran, memuat naik resit dan pilih kedai di mana tayar dibeli.

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Goodyear, Alex Ng berkata, pihaknya mahu menerapkan tabiat memandu dengan selamat di kalangan rakyat Malaysia kerana keselamatan di jalan raya merupakan keutamaan semua. 

Menurutnya, promosi itu adalah satu peringatan kepada orang ramai untuk menggantikan ‘kasut’ kereta, selain pada masa yang sama memberikan mereka ganjaran kerana membuat sesuatu yang tepat terhadap kenderaan mereka.

“Kami mahu menegaskan kepentingan keselamatan tayar dan memilih tayar yang berkualiti dengan teknologi inovatif untuk pemanduan yang tenang dan selamat.

“Terutamanya dengan cuaca yang tidak menentu sering berlaku kebelakangan ini dan mengetahui betapa ramainya pengguna jalan raya di Malaysia,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here