Baru ambil dari bengkel, enjin bas sekolah tercabut ketika ambil murid

1549

Enjin bas sekolah ‘tercabut’ ketika membawa pulang murid pulang ke rumah pada 12 April di sepanjang Jalan Redhill berhampiran Pusat Makanan Redhill.

Berita Harian Shin Min (SMDN) melaporkan kemalangan sedemikian jarang berlaku.



Menurut seorang wanita berusia 60 tahun bernama Lin memaklumkan dia ternampak seketul enjin yang tercicir dari bas sekolah apabila melaluinya.

Menurut gambar yang diberikannya kepada SMDN, terdapat banyak bahagian logam berselerak di sepanjang jalan.

Ketika kejadian kira-kira 20 murid sekolah di dalam bas itu, dan terpaksa dipindahkan ke laluan pejalan kaki berhampiran.

Terdapat juga empat orang dewasa yang menyertai kanak-kanak sementara mereka menunggu pengangkutan alternatif.

Ketika wartawan SMDN bergegas ke tempat kejadian, polis telah pun tiba untuk melencongkan lalu lintas, dan sebuah trak tunda sedang bersiap sedia menunda bas tersebut.

Menurut sumber SMDN, bas sekolah itu baru bertolak dari sekolah Gan Eng Seng berhampiran.

Pemandu bas tidak pernah menghadapi situasi sedemikian

Pemandu yang enggan namanya disiarkan, memberitahu wartawan dia sudah rasakan sesuatu yang tidak kena apabila terdengar bunyi besar dan segera memberhentikan basnya.

Apabila menyedari apa yang berlaku, dia meminta bantuan syarikat bas berhampiran dan jelasnya situasi tu kali pertama berlaku padanya.

Bas baru keluar dari bengkel

Dia juga mendakwa bas itu baru keluar dari bengkel pagi hari kejadian kerana meminta mekanik memeriksa bahagian belakang dan bengkel menukar beberapa bahagian.

Pemandu itu berkata dia sedang mempertimbangkan sama ada  akan melupuskan bas itu atau membeli bas  baharu. Bas berkenaan berusia kira-kira 12 tahun.

“Saya perlu menyewa satu sementara itu,” tambahnya.

Pakar tidak pernah melihat enjin tercicir dari bas dalam 40 tahun kerjayanya.
SMDN mengenalpasti bahagian enjin itu sebagai kotak gearnya dan meminta pendapat beberapa bengkel.

Seorang pakar yang mendakwa mempunyai pengalaman membaiki kenderaan selama 40 tahun berkata, dia tidak pernah melihat enjin atau kotak gear tercicir dari bas ketika berada di jalan raya sepanjang kerjayanya.

“Apapun, jika sokongan enjin longgar, pemandu sepatutnya mendengarnya sebaik sahaja ia mula bergegar atau mengetuk dinding,” jelasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here