Zeekr X jenama EV di bawah Geely lancar di China, harga mula RM122k

799

Pasaran China baru saja menerima SUV elektrik baharu Zeekr X yang dijual pada harga CNY 189,800 (RM122, 074).

Zeekr merupakan jenama elektrik di bawah Geely yang kini memiliki tiga produk iaitu Zeekr 001 (liftback), Zeekr 009 (MPV) dan terbaru Zeekr X.



Tahun lalu, Zeekr menjual lebih 72,000 kenderaan. Tahun ini, jenama itu menggandakan jualannya termasuklah pelancaran di beberapa pasaran Eropah. Dan Zeekr X akan menjadi model peneraju di sana. 

Daripada segi dimensi Zeekr X didatangkan dengan panjang 4,450mm, lebar 1,836mm dan tinggi (1,572 mm) serta jarak roda 2,750mm. Selain itu, Zeekr X memiliki jarak roda sama seperti Smart #1 namun lebih panjang 180mm, lebih lebar 14mm dan rendah 64mm.

Selain daripada saiz, Zeekr X mempunyai banyak persamaan dengan Smart #1 yang mana berkongsi seni bina SEA yang sama.

Selain itu, motor elektrik dan bateri juga dibuat oleh pengeluar yang sama iaitu VREMT (Viridi E-Mobility Technology), sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Geely.

Model itu didatangkan dengan dua pilihan motor elektrik. Pertama dengan kuasa 200kW (272hp) yang diletakkan pada gandar belakang. Pecutan dari 0-100kmj dicapai dalam tempoh 5.8 saat.

Pilihan kedua pula adalah dua e-motor dengan kuasa 315kW (428hp). Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 3.7 saat. 

Menggunakan bateri ternary (NMC) dengan kapasiti 66 kWj, model RWD mampu menawarkan pemanduan sejauh 560km, dan model 4WD pula 512km dengan sekali cas.

Zeekr X ditawarkan dengan pilihan lima atau empat konfigurasi tempat duduk sukar didapati di China. Bahagian dalamannya dilengkapi dengan skrin utama terapung 14.6 inci yang boleh bergerak ke arah penumpang.

Ciri peralatan lain termasuklah pad pengecasan telefon tanpa wayar dan penukar gear di belakang stereng.

SUV elektrik itu ditawarkan dengan tiga varian iaitu:

  • Zeekr X ME (200 kW) : CNY 189,800 (RM122, 074)
  • Zeekr X YOU 5-kerusi, 4WD (315 kW) : CNY 209,800 (RM134,937)
  • Zeekr X YOU 4-kerusi, RWD (200 kW) : CNY 209,800 (RM134,937)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here