BRAND’S bekal 50,000 Sari Pati Ayam kepada pengguna lebuh raya PLUS di R&R terpilih

494

BRAND’S Sari Pati Ayam (BRAND’S) bekerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi kempen keselamatan jalan raya Kekal Bertenaga Dan Selamat Di Mana Jua Anda Berada. 

Menerusi kempen itu, BRAND’S dan PLUS berharap untuk mendidik dan mendorong tabiat memandu yang selamat di samping memberikan nasihat kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati memandu sepanjang musim perayaan ini.

Dalam usaha mendekati masyarakat pada musim perayaan ini, BRAND’S turut membekalkan 50,000 botol BRAND’S Sari Pati Ayam kepada pengguna lebuh raya PLUS di R&R terpilih, termasuk anggota PLUSRonda.



Pengarah Pemasaran Suntory Food and Beverages Malaysia, Rodney Tan berkata, produk BRAND’S diharapkan dapat memberikan tenaga dan tumpuan kepada pasukan PLUSRonda yang bekerja pada setiap masa, terutamanya ketika berpuasa. 

“Kami berbangga dapat memberikan sokongan kesihatan kepada pasukan PLUSRonda. 

Kami sedar akan kepentingan berhati-hati ketika memandu, terutamanya perjalanan jarak jauh. Sari Pati Ayam kami mampu menambahkan tenaga dan daya tumpuan bagi membantu pemandu kekal fokus di jalan raya,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Operasi, PLUS Malaysia Berhad, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, kempen itu bukan sahaja menghargai usaha gigih petugas PLUSRonda, tetapi juga mendorong budaya pemanduan yang selamat di kalangan orang ramai. 

“Semua pemandu juga diingatkan supaya sentiasa memastikan langkah keselamatan jalan raya diambil dan memandu dengan selamat agar tidak membahayakan nyawa pengguna lebuh raya yang lain,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here