Nak pulang kampung, Toyota Fortuner ini sangkut di rel kereta api

887

Sebuah Toyota Fortuner memasuki jalan kereta api sejauh 1km dan tersepit di Jambatan Sungai Angin di daerah Sumpiuh, wilayah Banyumas, Jawa Tengah.

Kejadian tersebut berlaku jam 3.15 petang (waktu tempatan). Difahamkan Fortuner dalam perjalanan pulang ke kampung Purworejo dari Jambi. 



”Dari Jambi mau ke Purworejo, silahturahmi dengan orang tua. Dari sana sampai sini tidak ada masalah, tetapi tadi kami tidak tahu mengapa dia terfikir seperti ini.

“Dia sengaja, kalau tidak bagaimana boleh sampai di tengah rel seperti ini,” kata pemilik kereta, Taqwa, 62.

Taqwa memberitahu mereka bertolak dari Jambi pada Isnin pagi dengan sembilan penumpang termasuk pemandu, isteri, anak dan cucunya.

”Itu mobil saya, tetapi kami sewa pemandu. Dia mula berubah jam 2.30 petang, tiba-tiba marah-marah kerana beberapa kali tersesat.

“Di jalan juga mahu melanggar ke mobil lain. Dia bilang biarlah semuanya mati. Di mobil, tangan sudah kami tarik-tarik. Tapi tidak boleh menghentikannya,” kata Taqwa.

Setelah itu, dia memandu masuk ke rel dan kereta tersekat di jambatan kereta api. Selepas itu, pemandu melarikan diri. 

Ketua Polis Sektor Sumpiuh, Ajun Komisaris Yanto berkata pemandu itu berjaya ditahan selepas lari 500 meter ke arah barat dari lokasi kejadian.

”Dia datang ke rumah warga untuk meminta wang, mungkin cari duit untuk pengangkutan.  Sudah dibawa ke balai untuk diminta keterangan.

“Mobil ini melaju sejauh 1km dari rel menuju ke jambatan. Kami kira pemandu tak sedar melalui jalan rel,” jelasnya. 

Susulan kejadian itu, sebuah kereta api barang tidak dapat meneruskan perjalanan dan Fortuner itu dikeluarkan menggunakan lokomotif.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here