Saman gagal pamer cukai jalan: Anggota peronda akan dikenakan tindakan tatatertib

839

Siasatan menjurus kepada tindakan tatatertib dikenakan kepada seorang anggota polis peronda yang mengeluarkan saman kepada individu gagal pamer cukai jalan di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggota polis tersebut masih bertugas seperti biasa buat masa ini.

“Kita sudah mengambil keterangan anggota polis berkenaan dengan individu tersebut. Tiada alasan bagi anggota polis berkenaan melakukan kesilapan itu.



“Ini kerana taklimat sudah diadakan dan arahan sudah dikeluarkan di peringkat Bukit Aman supaya tidak mengeluarkan saman berkaitan kesalahan tidak mempamer lesen kenderaan motor,” katanya.

Katanya, pihaknya masih belum ada keputusan berhubung tindakan yang dikenakan terhadap kecuaian anggota tersebut.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan siasatan dilakukan terhadap anggota polis peronda yang mengeluarkan saman terhadap individu gagal mempamerkan cukai jalan di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here