Seorang jururawat berdepan detik cemas apabila MPV yang dipandu terbakar selepas merempuh tiang elektrik di Jalan Kampung Tok Deh, Rantau Panjang, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Sabrina Abdul Rahman, 44, sempat mematikan enjin Perodua Alza tersebut sebelum bergegas keluar menyelamatkan diri apabila melihat api membakar kenderaan tersebut.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Mohd. Razali Mohamad Noor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Klinik Kesihatan Tok Deh sebelum MPV dipandunya terbabas.
“Kita menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.07 pagi dan tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
“Kita menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.07 pagi dan tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran,” katanya.
Siasatan masih dijalankan dan jumlah kerugian masih belum dapat ditafsirkan.