Pemilik jenama Benelli, Qianjiang (yang mengambilalih syarikat Itali sejak 2005) sedang membangunkan enjin V4 baharu bagi motosikal akan datang.
Ini akan membuka jalan untuk model berprestasi tinggi buat pertama kalinya selepas kematian Tornado 1130.
Pihak syarikat mendaftarkan paten rekaan enjin empat silinder konfigurasi V atau mesin V4.
Enjin itu muncul dalam pelbagai aplikasi paten yang diterbitkan di China sejak beberapa minggu lalu. Ia merupakan enjin V4 90 darjah di sekitar tanda 1 liter, dengan aci sesondol atas berganda pacuan rantai (DOHC) dan empat injap setiap silinder.
Walaupun terdapat beberapa persamaan umum antara reka bentuk enjin dan motor VFR800 model Honda, ia tidak kelihatan seperti klon. Malah, kewujudan pemohonan paten menunjukkan Benelli menggunakan idea enjin yang tidak pernah digunakan masa lalu.
Walaupun bukan reka bentuk yang radikal, ia kelihatan setanding dengan V4 moden yang lain, walaupun sudut 90 darjah bermakna ia tidak sekompak enjin RSV4 Aprilia.
Beberapa lukisan termasuk logo QJMotor pada hujung penutup sesondol, mencadangkan ia akan muncul sekurang-kurangnya satu model dalam rangkaian QJMotor.
Namun, Qianjiang telah berkongsi enjin merentasi kedua-dua barisan QJMotor dan Benelli, jadi ia mungkin akan muncul di bawah sepanduk Benelli akhirnya.
Penambahan V-4 akan membantu mengemudi Qianjiang ke arah matlamat untuk mempunyai setiap jenis enjin pembakaran yang boleh dibayangkan dalam barisan motosikalnya.
Ketika ini, QJ sudah membuat single, parallel-twin, V-twin, inline-triple, dan inline-fours, mulai dari 50cc hingga 900cc. Dan untuk V4 ini sepertinya QJ akan diperkenalkan dalam bentuk superbike.